Rawatan dan Amalan Berbekam
Waktu Bekam
Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah
toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa
bertujuan mengubati penyakit.
Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua
hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat bekam
* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam,
manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad
ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih
digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan
bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk,
pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung
tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.
Larangan berbekam
* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan
kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit
kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau
dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.
* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga,
hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Kebaikan berbekam
* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem
perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi
di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit
menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat
menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis
penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung,
kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat,
sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Jenis bekam
Bekam kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa
mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut
melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan
merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam.
Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses
mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik
dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam
dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Keinginan hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan
manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak
cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut
menjadi pilihan.
Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar
tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan
angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan, manakala dalam
bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau
angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.
Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih,
terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi
keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis
penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.
Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah
amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.
Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai
penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah
SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin),
bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.
"Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam
kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet
dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai
digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah,
resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah
pinggang, buasir dan pelbagai lagi," katanya ketika ditemui di premis
miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik
berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah
sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan
jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap
dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.
"Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai
alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini,
teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk
gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama," katanya.
Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa
badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui
keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.
Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya
dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa
singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.
"Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui
kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang
kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah
kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di
bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam
dan bertompok-tompok.
"Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu.
Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,"
katanya.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk
kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan
ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan
seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf
berkembang.
"Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum
melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga
digalakkan berehat selepas menjalani sesi rawatan.
"Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh
serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang
keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah
lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam
badan," katanya.
Noraini berkata, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah
senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat.
Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat
dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.
Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani
pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah
tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga
menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan.
Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol
dan disedut menerusi bekas kaca.
Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti
di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi
mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.
"Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta
melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh
serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat,
pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan
serangan angin ahmar," katanya.
Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam
pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan
minyak bagi melembutkan permukaan kulit.
Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke
atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan
serta-merta.
"Lazimnya bekam dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan
dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan
mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka
tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.
"Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan,
saya tidak galakkan mereka lakukannya.
"Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu
pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan,
pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi,
saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan. Darah kotor yang keluar
dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya
mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita"
Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam
seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping
penjagaan kulit.
Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan
dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu 1400
tahun dahulu menggunakan kaedah sayatan pisau bekam. Kaedah bekam thibbun
nabawi ini memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang
cerah, merawat kebas kaki, merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga
masalah pening kepala. Pesakit akan diruqyah terlebih dahulu, kemudian bekam
dan diberikan minum madu di penghujung rawatan.
Kebaikan dan kegunaan bekam:
1.
Membuang angin dalam badan
2.
Menghilangkan kesakitan dan lenguh-lenguh badan
3.
Melancarkan peredaran darah
4.
Membetulkan urat saraf yang tersumbat
5.
Mebuang racun / toksik dalam badan
Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia tetapi
bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW. Bekam datang dari wahyu melalui junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang
terkandung di dalam amalan berbekam ini.
Rasulullah SAW bersabda:
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيّ
"Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau
bekam dan sunduta dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang umatku (berubat)
dengan kay.: (HR Bukhari)
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
"Sesungguhnya
cara pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu
(venesection)." (HR Bukhari-Muslim)
HADIS BERKAITAN BEKAM...
Sabda Rasulullah SAW...
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk,kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)
"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan,kecuali mereka berkata,"Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!"(Shajihu Al-Jami' 5671)
"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)
"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam,kerana ia membuang darah kotor,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...." (Hadis Hasan Gharib)
"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit,maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)
Antara Penyakit-penyakit yang boleh di rawat dengan kaedah Bekam ialah Masalah
Senggugut /Haid, Lenguh Pada Bahu, Betis, Batu Karang, Sembelit, Sakit lutut, Sakit Kepala/ Jerawat Banyak, Lemah Tenaga Batin, Stroke, Masalah Buah Pinggang, Migrain, Sakit Pada Kepala, Sinusitis/Alergic, Masalah Pada Mata, Kolestrol Tinggi, Masalah Angin, Masalah Sakit Gigi, Masalah Asthma/Lelah dan Paru-Paru, Batuk, Hati/Hepatitis, Pundi Hempedu, Pankreas/Diabetis, Masalah Sakit Pinggang, Masalah Lenguh Peha/Betis, Buasir, Masalah Kaki Kebas, Sakit Tumit, Masalah Sakit Jantung dan lain lain masalah penyakit.
Bagi kaum lelaki, selain dari berurut, berbekam adalah satu rawatan tambahan yang efektif untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu merawat pelbagai jenis masalah dan penyakit.Tidak ketinggalan juga pada kaum wanita yang ingin berbekam, kami ada menyediakan Pembekam Wanita.
Sila hubungi kami di talian 013-9293898 untuk temujanji rawatan
1)
Rawatan Bekam Darah Merawat
Stress & Kelesuan RM50
Rawatan bekam ini dilakukan sebanyak 10 point titik bekam penting iaitu di
bahagian tengkuk, bahu dan otot belikat yang terbukti berkhasiat dalam
menyembuhkan masalah stress dan kelesuan badan.
2)
Rawatan Bekam Merawat Masalah Muka/Resdung RM30
Rawatan bekam ini dilakukan di bahagian muka bagi merawat penyakit resdung,
gatal-gatal muka, pening kepala dan juga jerawat. Bekam di muka tidak
menyakitkan serta tidak meninggalkan sebarang kesan lebam dan juga parut.
3)
Bekam Sunnah Thibbun Nabawi RM50
Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah
SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu pada 1400 tahun dahulu dengan
menggunakan kaedah sayatan pisau bekam. Kaedah bekam thibbun nabawi nie boleh
memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang cerah,
merawat kebas kaki, merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga masalah
pening kepala.
4)
Bekam Darah Merawat Darah Tinggi, Kencing Manis & Migrain RM50
Kaedah bekam darah ini bagus bagi pengidap penyakit darah tinggi, migrain dan
kencing manis. Ini kerana semasa proses berbekam, segala toksin, gula dan
kotoron di bahagian bawah kulit kepala akan disedut keluar bersama darah bekam,
insyaAllah sembuh.
5)
Bekam Darah Merawat Gout RM50
Kaedah bekam ini adalah khas untuk merawat penyakit GOUT, semasa proses
berbekam nanti sejumlah uric acid akan dikeluarkan bersama darah kotor yang
kehitaman, insyaAllah anda tidak perlu berpantang dalam makan lagi dan kaki
anda tidak sakit lagi.
6)
Bekam Darah Merawat Sakit Pinggang RM50
Kaedah bekam darah ini khas dalam merawat masalah sakit pinggang, insyaAllah
pinggang anda akan lega serta merta setelah tamat proses berbekam.
7)
Bekam Merawat Sihir & Saka RM90
Kaedah bekam darah ini melibatkan 18 point di sendi-sendi utama badan dan juga
pembuluh darah utama badan, lokasi sebegitu memang selalunya jin mudah mendiami
di bahagaian tubuh manusia. Selepas berbekam, darah kotor yang keluar agak
bertali dan tempat yang dibekam berwarna kehitaman seperti terbakar.
8) Bekam Overhaul RM110
Rawatan bekam darah ini melibatkan 22cup diseluruh titik
badan bagi meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan secara maksimum
serta menyembuhkan masalah kebas kaki.
PETANDAN TERKENA SIHIR & SAKA
1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang
saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..Segeralah
berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah ataupun Berbekam.
SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN BEKAM...
1) Adakah
kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat
canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen
ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan
sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau
ujian dara penyakit kencing manis.
2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat, ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu
setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja. Semua alatan bekam
kami akan melalui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZER sebelum
melakukan proses berbekam.
3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum
untuk rawatan bekam darah?
Waktu mustajab ialah tanggal 17/19/21hb kalendar Islam.
4) Individu manakah yang tidak dianjurkan berbekam darah?
Individu yang tidak dianjurkan berbekam darah ialah individu yang fizikalnya
terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah
rendah serius, pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil.
5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada
pesakit amnya.
6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...
7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?
Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang
berpenyakit klinikal/gangguan jin anda dianjurkan berbekam seminggu sekali
untuk tiga kali sesi berturut-turut bagi kesembuhan yang maksimum.
8) Apakah pantang larang selepas berbekam?
Anda dianjurkan tidak makan makanan berat dan tidur selepas menjalani rawatan
bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.
9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam dan kosongkan perut 2 jam
sebelum berbekam.
10) Bolehkah berbekam pada hari RABU?
Boleh, jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar
Islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan
bekam dengan kadar segera. Tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari
Rabu.
11) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh
badan manusia?
1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang
mengandungi toksid, toksin, uric acid, kolestrol, angin, sel darah merah yang
rosak dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam kita akan terus terasa
segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari
badan.
2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon
regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel
akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan
disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga
mampu berfungsi dan sihat kembali. Contohnya kita berbekam pada titik jantung,
hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada
apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas
secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang
berkaitan jantung.
3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh
badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara
automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman
penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi
penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.
Sila
hubungi REHAN di talian 013-9293898 untuk temujanji rawatan